RSS

SOALAN-SOALAN LAZIM

SOALAN -SOALAN LAZIM

 

APA ITU OPK (OVULATION TEST)???

Opk adalah merupakan suatu alat yang dapat menentukan waktu subur wanita terutamanya bagi wanita yang period tidak teratur atau tidak tetap setiap bulan.

 

CARA GUNA OPK

Cara guna adalah sama seperti anda menggunakan pregnancy test tetapi waktu yang sesuai untuk test adalah dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

 

SYARAT-SYARAT MENGGUNAKAN OPK

***Jangan gunakan urine pertama sewaktu bangun tidur

***Jangan minum air sekurang-kurangnya 3 jam sebelum test, lagi lama adalah lagi bagus. Ini kerana jika urine cair, hormon LH sukar untuk dikesan.

 

APA ITU ‘LH’???

LH merupakan hormon yang berfungsi untuk mengeluarkan telur yang matang dari ovari. Jika LH tinggi, menandakan ovulasi akan berlaku dalam tempoh 24-48 jam. Jika terdapat sperma yang hidup dan aktif semasa ovulasi, kehamilan mungkin akan berlaku.

Oleh sebab itu, jika result OPK positif anda digalakkan untuk bersama suami selepas 24-48 jam dari waktu anda mendapat test yang positif.

 

Sebagai cth. Jika result OPK anda positif pada jam 5 petang hari ahad, maka 24 jam selepas itu iaitu hari keesokannya hari isnin jam 5 ptg, anda boleh la bersama dengan suami sehingga hari rabu.

 

BILA OPK POSITIF???

Opk hanya positif apabila test line lagi terang atau sama terang dengan control line. (cth seperti gambar di bawah, strip yang ke 3 dan ke 4 dari atas)

 

 

subur

tentukan waktu subur

 

positif opk subur

positif opk

 

 

 

 

opk

opk

 

 

JIKA RESULT OPK KABUR, ADAKAH OPK POSITIF???
Tidak. Jika test line kabur, menandakan keputusan adalah negatif dan anda perlu mengulang untuk hari-hari berikutnya.

 

MENGAPA OPK SENTIASA DOUBLE LINE????

OPK sentiasa menunjukkan double line kerana di dalam badan kita sentiasa ada hormon LH. Jika result test line kabur, menunjukkan bahawa hormon LH sangat rendah, dan jika test line terang menunjukkan hormon LH sangat tinggi menandakan ovulasi akan berlaku.

 

KLU PERIOD TAK TERATUR, BILA NAK TEST????

Jika period tak teratur, anda boleh start menggunakan test pada hari ke 11 selepas darah haid pertama  keluar.

 

APA ITU CD????

CD adalah ‘cycle day’ dimana bilangan hari dari hari pertama keluarnya darah haid. cth klu ‘cd 11’ maksudnya hari ke 11 dari hari pertama keluarnya darah haid.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: